BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2013

Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan:-
   
(A)
BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN
   
1.
Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan
Sains Komputer
Kesihatan dan Perusahaan Ternak
Kejuruteraan
   
2.
Ijazah Sarjana Muda Di Universiti Tempatan
Perubatan
Pengajian Islam
 
Pergigian
Matematik
Perubatan Veterinar
Sains Tulen (Biologi/Kimia/Fizik)
Farmasi
TESL (Teaching English as a Second Language)
Kejuruteraan
Psikologi
Ukur Bahan
Sains Komputer
Seni Bina (Architectural)
Ekonomi
Sains dan Teknologi Makanan
Perakaunan
Sains Bioteknologi
Pentadbiran Perniagaan
Akuakultur
Pelancongan dan Hospitaliti
Sains Biologi Marin
Muzik
 
Sains Alam Sekitar
Pengurusan Ladang
 
Pengurusan Ladang
Pertanian
Perikanan
Perhutanan
Undang-Undang
 
   
(B)
KELAYAKAN MEMOHON
1.
Had Umur
 
1.1 Bagi Kursus (A)1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun
 
1.2 Bagi Kursus (A)2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun
2.
Kelulusan Akademik
2.1
Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya Gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan matapelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Inggeris untuk Universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.
2.2
Lulus Sijil STPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya Gred B dalam empat (4) matapelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan setaraf.
2.3
Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.00
2.4
Lulus Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.50
2.5
Pelajar yang sedang belajar di IPT perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.00 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda.
2.6
Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu mendapat sekurang-kurangnya
CGPA 3.5 di peringkat STPM / Diploma / Matrikulasi.
Hakcipta Terpelihara Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah ©2009
Laman ini sesuai dilayari dengan menggunakan INTERNET EXPLORER Versi 6.0 ke atas dengan resolusi 800X600 pixels.